Halaman > Penjagaan Kulit > Keserian para ibu terserlah dengan Naru Hydra

Keserian para ibu terserlah dengan Naru Hydra

Menjadi seorang ibu sememangnya merupakan pekerjaan sepenuh masa – dan sebenarnya ianya lebih mencabar daripada bekerja di pejabat. Dalam kesibukan harian untuk menjaga anak-anak, para ibu sering tidak mempunyai masa yang cukup untuk menjaga kulit mereka sendiri.

 

Kini, Naru Hydra berhasrat untuk mengubah semua itu. Kami berhubung dengan beberapa ibu muda yang hebat, iaitu @thebebemomma dan @chewanfarah, kedua-duanya ibu sepenuh masa yang ingin mengekalkan kulit yang sihat dan berseri. Mereka berkongsi tentang pengalaman memikul tanggungjawab yang berbeza sebagai isteri dan ibu, pada masa yang sama mencari masa untuk penjagaan diri terutama pada kulit mereka sendiri.

Menghidrat, Mengukuh & Menghidupkan: Mummy Me-Time Bersama Naru Hydra

Direka dan dirumus secara eksklusif di Jepun, Naru Hydra menawarkan penghidratan kulit yang tahan lama sehingga 72 jam dengan hanya 3+1 langkah mudah. Naru Hydra berfungsi untuk Menghidrat, Mengukuh dan Menghidupkan semula kulit para ibu serta MEMPERTAHAN daripada bahan pencemar dan perengsa luaran untuk kulit kelihatan gebu dan anjal.

Inilah yang @thebebemomma katakan:

Keadaan kulit saya semakin merosot akibat tekanan, kurang tidur & tabiat buruk... Saya memerlukan penyelesaian segera dan saya temuinya dalam @elysyle_official iaitu Naru Hydra yang baharu!"
Mainkan Video

Walau bagaimanapun, dia berterima kasih kepada Naru Hydra kerana kulitnya kembali bersinar dan sihat, serta bertambah yakin untuk keluar dan bergambar dengan solekan yang minimum.

 

Lebih menggembirakan apabila dia dapat merasai pengalaman sesi rawatan wajah yang mewah dengan Naru Hydra oleh Elysyle dengan hanya duduk di rumah. Dalam masa yang sukar ini, keluar rumah masih menjadi perkara yang menakutkan bagi ibu-ibu bersama anak-anak. Rawatan muka di rumah benar-benar pengalaman yang menakjubkan yang tidak boleh dilepaskan.

Bagi @chewanfarah, dia berkata:
Elysyle Naru Hydra adalah penyelamat untuk saya ketika saya mengabaikan kulit saya. Rangkaian ini sesuai untuk kulit kering hingga kulit kombinasi dimana saya juga memiliki jenis kulit sedemikian. Tetapi sejak saya menggunakan Elysyle Naru Hydra, kulit saya menjadi lebih baik.”
Mainkan Video

Dia menyukai sifat ringan produk yang mudah digunakan, namun penuh kuasa dengan penghidratan yang berkekalan! Produk yang paling disukai ialah Intensive Hydrating Mist yang berfungsi seperti toner, jadi dia tidak perlu membawa pad kapas. Ia boleh disembur pada muka, walaupun dengan solekan, untuk menghilangkan rasa tegang pada kulit apabila terperangkap di dalam bilik berhawa dingin sepanjang hari.

Sememangnya para ibu berhak mendapat penjagaan terbaik walaupun untuk kulit sendiri. Ikuti contoh dua ibu ini dan berikan kulit anda keserian yang diidamkan hari ini. Apa yang diperlukan hanyalah tiga langkah mudah dengan Naru Hydra: MEMBERSIH dengan Refreshing Foam Cleanser, MENGHIDRAT dengan Intensive Hydrating Mist serta MELINDUNGI dengan Advanced Hydrating Fluid dan Moisture Restoring Cream. Here’s to a fabulous motherhood!

Share this article
Close Menu