Halaman > Penjagaan Keseluruhan Badan > Penderita Kulit Sensitif – Dapatkan Kulit Cantik yang Anda Inginkan

Penderita Kulit Sensitif - Dapatkan Kulit Cantik yang Anda Inginkan

Mungkin jenis kulit sensitif adalah perkara yang paling mengecewakan kerana ianya sukar untuk dirawat kerana anda tidak berapa pasti apa yang perlu digunakan. Penjagaan kulit sensitif melibatkan banyak kali percubaan untuk temui produk yang berkesan dan tidak merengsakan kulit anda. Ini menambahkan perbelanjaan selama beberapa tahun kerana produk yang tidak berkesan akan dibuang atau diberi kepada orang lain.

 

Bagaimana anda tahu jika kulit sensitif anda kebiasaanya kering, dan memberikan reaksi terhadap sesetengah produk penjagaan kulit? Kulit sensitif akan memberikan reaksi terhadap sesetengah makanan (seperti makanan pedas) dan kulit menjadi merah, bengkak dan gatal. Bagi membantu anda menjaga kulit anda, berikut adalah beberapa langkah penjagaan kulit sensitif untuk anda.

Gunakan bahan semula jadi seboleh mungkin

Walaupun benar bahawa sesetengah bahan-bahan semula jadi dapat menyebabkan reaksi alergi, sensitif atau kerengsaan, kebanyakan syarikat berasaskan bahan semula jadi jelas mengetahui tentang bahan toksin berpotensi bukan sahaja mendatangkan keburukan malah boleh mengakibatkan kulit menjadi kasar dan rengsa. Sebagai contoh, banyak bahan pencuci sintentik digunakan dipanggil “еthоxуlаtiоn,” untuk membuat bahan yang kasar menjadi lebih lembut.

Sentiasa bebas wangian ( termasuk minyak pati)

Tanpa persoalan, jenis kulit yang sensitif perlu elak daripada wangian dalam sebarang produk penjagaan kulit. Ini termasuk minyak pati yang banyak digunakan dalam penjagaan kulit semula jadi. Kulit sensitif boleh menyebabkan kerengsaan atau alergi terhadap wangian semula jadi. Memilih  produk bebas pewangi adalah pilihan yang terbaik.

Elakkan pembersih dan penyegar yang kasar

Kebanyakan iklan menggunakan pembersih dan penyegar daripada bahan yang kasar seperti alkali dan boleh menyebabkan kekeringan serta kerengsaan untuk kebanyakan kulit, bukan hanya kulit yang sensitif. Cuba cari pembersih yang bebas pewangi dan bahan pencuci yang kasar. Apabila membeli penyegar, sentiasa beli yang tidak mengandungi alkhol yang mengeringkan. Anda akan lihat “SD Alcohol” atau “SD Alcohol 40” digunakan. Sesetengah pembersih yang anda perlu elak termasuk ѕоdium lаurуl ѕulрhаtе dan ѕоdium lаurеаtе ѕulрhаtе. Kulit anda akan kelihatan lebih segar dan muda sekiranya ia kurang kering dan rengsa.

Terhadkan penggunaan ramuan dan produk

Gunakan beberapa produk serta beberapa bahan dalam formula produk . Lebih banyak produk dan bahan yang anda gunakan semakin tinggi untuk mendapatkan risiko kerengsaan.  Ini menyebabkan anda sukar mengenal pasti bahan mana yang anda sensitif.

Tiada pewarna atau warna sintetik

Ini semua disenaraikan sebagai warna FD&C, diikuti oleh nombor. Ini sering mengandungi tar batu arang yang datang daripada petroleum dan mungkin bertoksin.

Masukkan bahan yang menenangkan

Gunakan minyak semula jadi yang menenangkan (lebih baik tidak bertapis) seperti minyak bijian, minyak aprikot, minyak badam, minyak bunga matahari dan minyak alpukat. Bagi sesiapa yang mempunyai alergi kacang, perlu elak daripada menggunakan minyak kacang.

 

Berkualiti tinggi, shea butter yang tidak bertapis juga memberi manfaat kepada kebanyakan jenis kulit terutamanya kulit sensitif. Ia membantu mengawal keadaan seperti kulit kering, ruam dan ekzema. Sentiasa dapatkan nasihat dari pakar perubatan untuk keadaan yang menyebabkan ketidakselasaan dan sakit.

 

Kamomil dan kalendula juga mengandungi ciri menyamankan. Walaubagaimanapun, sesiapa yang alergi ragweed perlu mengelakkanya. Asid hialuronik, yang tahan 1000 kali ganda beratnya di dalam air, ini adalah pelembap yang mengagumkan dan dapat menambahkan lebih banyak kelembapan dan kelembutan pada kulit.

 

Merawat kulit sensitif boleh menjadi sukar. Sekiranya anda mengikuti strategi “less iѕ mоrе” dengan mencari produk yang berkualiti, bebas bahan pewangi, anda akan merasakan kulit akan kurang memberikan reaksi. Kaji bahan-bahan di label. Mungkin idea yang bagus untuk membawa senarai, sekurang-kurangnya anda tahu bahan yang perlu anda elak.

Perkara yang paling penting yang perlu anda lakukan untuk kulit anda adalah melindunginya dari sinar ultraungu matahari dan rejim penjagaan kulit yang sihat terdiri daripada rutin penjagaan kulit seperti mencuci muka jika perlu, melembapkan, dan menggunakan pelindung matahari setiap hari.

Share this article
Close Menu