5 Petua untuk Tampil Menarik dengan Mudah

Selagi anda lemah lembut, anda boleh memperbaiki warna kulit anda. Ingatlah untuk bersabar serta kulit yang berseri bukanlah keajaiban semalam. Tetapi itu tidak bermakna anda tidak dapat mencapainya.

Pernah terfikir mengapa sesetengah orang kelihatan berseri sepanjang masa? Mengapa sesetengah wanita mempunyai kulit cantik dan entah kenapa mereka tidak kelihatan sebaya usia mereka? Atau bagaimana sesetengah orang memliki “gen yang baik” seperti itu dan tidak perlu bimbang tentang jerawat? Untuk mendapatkan kulit yang berseri tidak semestinya mahal atau sukar. Dengan amaun yang betul, kesabaran dan produk yang tepat, anda akan mendapat seri yang diidamkan.

Bersedia meneriam pujian!

Kadang-kadang, sukar untuk menentukan apa yang menjadikan kulit anda kelihatan kusam tetapi ketika kusam, tidak sukar untuk tahu. Ia boleh jadi disebakan penumpukan sel-sel kulit mati, penyahhidratan, atau kotoran sehari-hari. Jawapan anda: Pengelupasan.

Elysyle Specialist Deep Care Clarifying Lotion mengelupas dan menyingkirkan sel-sel kulit mati sambil merangsang pembaharuan kulit melalui enzim buah semula jadi, yang melepaskan sel-sel kulit mati untuk memperbaiki tekstur kulit tanpa menggosoknya. Dicampur dengan C2A ComplexTM , ia melindungi, menyahtoksin, memperbaiki, dan menguatkan pertahanan kulit daripada pencemaran, setelah pengelupasan.

Tahukah anda bahawa Vitamin C dapat membantu menyihatkan kulit anda? Bukan hanya untuk rutin pagi anda dengan jus oren dan penkek. Ia mengandungi sifat perangsang dan mencerahkan kulit yang berseri. Ia juga merupakan antioksidan yang dapat membantu melindungi kulit anda daripada penyerang persekitaran.

Ester-C 500 Plus diformulasikan dengan antioksidan, bioflavonoid, metabolit Vitamin C, dan askorbat mineral, sementara Gummy C mengandungi Vitamin C dan zink yang penting untuk sokongan imun dan fungsi metabolik. Kedua-duanya mesra perut dan selamat untuk  kanak-kanak dan orang dewasa dan boleh diambil setiap hari.

Pelembap menghalang kulit anda daripada penyahhidratan. Kebiasaanya, kulit kusam dan pucat mungkin bermaksud kulit anda kekurangan kelembapan. Setelah anda mengelupas dan dibersihkan, letakkan pelembap yang sesuai untuk kulit anda.

Pilih Elysyle Derma Hydra Protective Fluid, pelembap ringan yang menggalakkan kulit menjadi lembut. Pelembap ringan ini tidak berminyak dan mengandungi minyak makadamia yang membolehkan penembusan cepat untuk menyampaikan nutrien lebih dalam ke lapisan kulit dan menjadikan kulit kekal terhidrat sehingga 24 jam.

Senaman. Anda tidak perlu berasa tertekan dengan semua program senaman di Instagram tetapi kami mengesyorkan untuk tetap aktif sekerap mungkin. Bersenam dapat membantu memperbaiki keadaan kulit anda dan memberikan keserian. Ingat untuk membersihkan selepas bersenam agar kulit anda berasa bersih dan segar.

Ini semua mengenai konsisten. Kulit yang kelihatan sihat adalah kulit yang berseri. Selain daripada gen anda (dan minum banyak air), kulit yang kelihatan sihat adalah hasil daripada rutin penjagaan kulit yang seimbang dan konsisten. Ingatlah untuk memilih produk yang sesuai untuk kulit anda, menjaga rutin, makan dan tidur lena, dan kekal aktif.

Dan anda kini dalam perjalanan untuk mendapatkan kulit yang berseri.

Share this article
Close Menu